Soalan Lazim Pakej Perpaduan

Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu Pakej Perpaduan?

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (prabayar) adalah tawaran prabayar khas (prabayar) untuk warganegara Malaysia bagi menangani peningkatan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan untuk perkhidmatan komunikasi asas yang penting dan mengurangkan kos ketersambungan dengan tempoh sah laku yang lebih lama iaitu 180 hari.

Apakah tawaran bagi Pakej Perpaduan?

Pengguna boleh menikmati 30GB Internet dengan kelajuan sehingga 3Mbps selama 180 hari.

Siapakah yang layak untuk melanggan Pakej Perpaduan?

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (prabayar) adalah disasarkan kepada:

  • Remaja dan Belia (12-30 tahun);
  • Warga Emas (60 tahun dan ke atas);
  • Pesara Polis, Veteran Tentera dan Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
  • Orang Kurang Upaya (OKU); dan
  • Kumpulan Berpendapatan B40 (isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan kebawah).
Apakah dokumen yang diperlukan bagi mendaftar untuk Pakej ini?

Memandangkan Pakej ini disasarkan kepada golongan tertentu, dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk pengesahan :

Kategori Pengguna Dokumen yang diperlukan
1. Belia (12-30 tahun)
2. Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
3. Golongan B40
i. Kad Pengenalan
4. Veteran Tentera, Pesara Polis dan
Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); dan
i. Kad Pengenalan; dan
ii. Kad Pesara/ Veteran
5. Orang Kurang Upaya (OKU) i. Kad Pengenalan; dan
ii. Kad OKU
Bolehkah Pakej ini dilanggan oleh bukan warganegara Malaysia?

Pakej ini hanya boleh dilanggan oleh warganegara Malaysia.

Bilakah Pakej Perpaduan akan mula ditawarkan?

Pakej ini mula ditawarkan pada 28 Februari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Bagaimanakah jika data sedia ada (30GB) saya telah habis diguna pakai sebelum tamat tempoh 180 hari?

Sepertimana kad prabayar yang lain, pengguna boleh melanggan mana-mana pas Internet yang aktif.

Bagaimanakah cara untuk menyemak liputan perkhidmatan di kawasan kediaman saya sebelum melanggan Pakej Perpaduan ini?

Anda boleh menyemak liputan jaringan mudah-alih di kawasan kediaman anda melalui laman sesawang JENDELA

Bagaimanakah cara pembelian Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih?

Sila menghubungi Khidmat Pelanggan kami dengan menghantar emel ke [email protected] atau melalui Whatsapp.